Blogger Templates

Sunday 27 November 2011

:: 24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu ::

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
:: credit to http://www.tentangcinta.com ::

:: tentang wanita ::

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

:: credit to http://www.tentangcinta.com ::

Thursday 24 November 2011

:: opick-rapuh ::


lagu yang sangat bestt...lirik yang penuh makna..layannnn ^__^

Wednesday 23 November 2011

:: kembali pulang ::


lagu yang sedap di dengar..first time dengar terus minat lagu
ni..bila dengar lagu ni terus ingat kt membe aku amin..hahahaha..aku dgr dr dia la lagu ni..hehehehe..suke lagu ni..tibe2 teringat kt amin..hahaha..semoga sihat2 selalu ye amin..take care..^__^

Sunday 20 November 2011

:: 20-11-2011 ::

wahhhh..ada apa dengan 20-11-2011????...cantikkan nombor ehhh..huhuhu..mesti bergasak2 org tunang ke ,kawen ke tarikh arinikan..almaklumla tarikh cantik..kot yang mengandung pon rasa cam nk beranak arini je kn kn kn..hahahahha..sekian lama x kuar jenjalan..sik duk umah je..rini aku kuar la.."membawa ati yang lara"...kuikuikui...aku kuar g the mines je..boring duk umah kan..so pe lagi ada yg mengajak aku on je..hahhaha..nk tau sp yg ngajak..ni dia..tadaaaa

 ni dia my kakak wit en madu nye..huhuhu..kot dorg x ngajak jenjalan memang melepak je la kt umah x wat pape..huhuhuhu..

 dah ke the mines 2 kot x tgk wayang mmg x sah la kan..huhuhuhu..arini kte org tgk cte "aku bukan tomboy"..sam ngn scha belakon..bg aku cite ni boley la..3/5 bintang aku bg la..kelakar gak la..hahahahaha..korg try ce tgk la..heheheh..layan gak la..

 lalalalalala...tutti frutti woii...hahahahaha...ni first time makan wooooo..not bad gak la..cuba korg try la..mmg x mengecewakan..hahahahha..ce teke brp RM????...perghhhhh..sgt dasyat harganye..teanjat gegurl nk membayornye td...nk makan nye pasal ku bayar kn jua...baik makan mcflurry kt mcd..hahahhaah...kot nk tau..yg bekas ijau tu RM24.90 sajeeeee...yg bekas oren RM11.13 sajeeeeee...mmg teanjat gegurl tau...hahahhaha..

 mcm2 korg leh letak dalam ais krim ni..mmg sedap..kot mcm2 korg letak..mmg lg mcm2 la harga nye..wakakakak..

 hahahahaha..tu dia muka org x penah makn tutti frutti...


perghhhhh..sedap poittttt...rojak buah my pebret..hahahhaha..ari ni mnjg makan yola..x pe..makan je la selagi sihat..kot dah x sihat di uja-uja makanan kang mmg x dpt la nk makan..hahahhaha..

Saturday 19 November 2011

:: sweet ::


Sweet Words of Love

There are words that show feelings,
Some words express different thoughts,
Some words transform us all,
They touch the deep of our souls...
There are magic words: sweet ones,
Simple ones, but powerful...
Some words have ambrosia flavor,
Some ones - roses smell and color...
There are words - finally -
That bring us hope and peace...

Amongst all words, however, my choice goes
To those that mix innocence
With a lot of passion and so much desire...
The sweetest, that I very much like,
The words I more eagerly enjoy,
The ones that come from your lips, my love.
















Friday 18 November 2011

:: tengahari ::

hai semua..selamat tengahari..wat apa 2..dah makan lom korang..perghhhhhhh..lapor gila aku kot..korang makan apa erk..mesti sedap kan..almaklumla mak yang masak..cm aku makan yang ado yo la..mak jauh..so masak la sendiri..time2 cuti je la masak..time keje makan luar sudaaaaa..hahahahhaha..


tomyam ayam penuh kasih sayang..wakakakaka

telur bistik amboi3..hehehehhe..

ermmmmm..kenyang rasa..ce la try wat cmni..pasti kenyang punya..leh masuk masterchef malaysia x agak2..hahahahhahaha ^__^

:: yeayyyy cutiiii ::

yeayyyyy..yeayyyyy..cutiiii..cutiiii..cmtu la aku rasa time cuti panjang time sekolah dolu2..hahaha..seronok kann..leh tido sampai tghari..hari ni hari last tuk dak2 sekolah..pasni start cuti sampai buan 1..seronok la memasing kan..

bila sebut pasal sekolah..tetiba teringat pulak time aku sekolah dulu..macam2 perangai memasingkan..bak kata org..biasa la dak2 baru nak naik..hahahaha..rindu pulak kt membe2 time sekolah..apa khabar memasing agak nye..sume dah wat haluan masing2..yang dh kawen sibuk uruskan family..yang bertunang sibuk la ngumpul duit nak kawen..yang solo sibuk nk cara pasangan..lumrah kehidupan la kan..sume nak macam 2..aku suke berkawan..tapi jenis aku kalau berkawan x kira org la..jnji leh masuk..tp untuk jd best pren dlm 1 masa just sorg je boleyyy..masuk 2 org mmg mcm2 hal la yg ada x puas hati nti..biasa la pempuan kan..hahahhaha..time sekolah aku ada gak best frenn..hehehe..nk tau nk tau...ni dia..

tadaaaaaaaa..ni a dia best pren aku time sekolah dulu..ni la geng bola2 api aku..hahahha..nama dia norhayat..pangil hayat je..dia mmg sekepala ngn aku..mulut dia perghhhhh..mmg x leh over sound direct woooo..dia la satu2 membe time sekolah yg aku masih jumpa..time cuti2 lepak umah dia..kot ponteng sekolah pon lepak umah dia..hahahaha..

life kat u pon best jugak..aku rasa life kat u la yang paling indah aku rasa..aku x kan lupakan segala kenangan time belajar..ada pahit ada manis..macam2 aku rasa..bila teringat time study tibe2 teringat kat sahabat baik aku time study..pape masalah aku kongsi sama dia..susah senang aku ngn dia..kot lapar sama2..kot kenyang pon sama2..

ni la best fren aku time study..susah senang ngan dia..nama dia suzana..aku pangil su je..mana ada dia ada aku..mana ada aku ada dia..macam belangkas..g mana2 sama2..huhuhu..family dia pun aku rasa dah mcm family aku..rindu gile aku kat dia..insyallah panjang umur kita jumpa..moga dia sihat2 selalu..aku doakan dia berjaya dunia akhirat..amin ^__^..kalau korg nak tau..selain dr su..aku rasa aku lebih rapat ngn membe laki dr membe pempuan tau..aku x leh la kawan ngn org yg hipokrit..depan aku baik..blakang aku ngata..sebab tu aku suka kwn ngn laki..dorg kot x puas hati cakap direct...

haaaaa..jangan jeles ye...heheheheh...ni dia membe laki yg aku rapat gak la..nama dia faizal..dia satu2 nye org yg eja nama aku "eyda"..katanye nk lain dr yg lain la konon nye..hahahhaha...dia mmg baik ..aku x nafikan best kawan ngn dia...thanks for the pink purple selendang..very2 like it frenn..hahahha..

hahahehehuhuhohohihi..haaaaaa..nama dia hamzah..tp aku pangil am je..dia mmg sorg yg cool je..leh tahan jiwang gak la..dia mmg baik..dia banyak gak tolong aku..paling yang aku x eh lupa..dia la jd hero aku masa beg laptop aku tertinggal kt komuter..perghhhhhh..nak nangis aku rasa..aku cuai sangat sampai leh tertinggal beg kt komuter..nasib baik la mamat ni pegi dapatkan balik beg aku...alhamdulilah dapat...terima kasih am ^__^

lalalalalala..seiring dan sejalan..wakakakaka..teringat lak berduet karoke ngn dak sorg ni..hahaha..nama dia syazwan..aku pangil wan je..kot ngn dia ni..kot x ketawa mmg x sah..mmg jd gile kalo melayan dia..hahaha..kepala gile2..enjoy kwn ngn dia...senyum je ^__^...dorg ni la membe2 laki yg aku rapat time study..thanks korang..sayang korang sume tau..

wakakakkaka..cm x caye je aku main futsal kan..hahaha..mmg best main futsal woii..sekali main rasa cm nk main lagi..sekarg x de geng nk main lagi la..huhuhuhu..jd keeper..biasa la..kot badan besor mmg keeper la jadi nye...hahahha...

time ni paling aku x leh lupekan..hahahaha..korang boleyyyyy wat bbq kul 3 4 sampai 6 pagi..hahahaha..gile nye keje..layan kn aje ngan dak2 ni...hahahaha...tp enjoyyyyy...

tuuuu diiaaaaa..ha ni mmg geng2 kaki begambo..ckp je la nk mcm mn posing..memasing x kn menghampakan..posing terbaik akan d berikan..wakakakakakka..rindu gile nk posing2..gambo2 sesama..


akhirnye abis gak aku blajar kt cni..aku akan rindu saat ni..kenang yang x kan aku lupakan sampai bila2..sweet memory..^__^..semoga kawan2 aku berjaya dunia akhirat..amin..




Saturday 12 November 2011

:: today ::

alhamdulillah aku masih lagi dapat melihat dunia...terima kasih ALLAH kerana memberi aku peluang untuk bernafas lagi...semoga hari ini lebih baik dari semalam...dan semoga hari-hari yang mendatang lebih baik dari hari sebelumnya...lupakan segala yang berlaku...dan fikir kehadapan...jangan menoleh ke belakang lagi..."semalam biarkan ia berlalu...hari ini perlu di tempuhi dengan sesuatu yang baru"...memaafkan lebih baik dari di maafkan...seperti yang aku terbaca dalam satu dalil ada sebut..."dan orang-orang yang menahan amarahnya dan orang-orang yang memaafjan kesalahn orang lain, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.(QS: Ali Imran: 143)"so tak payah la nak serabutkan kepala untuk pikirkan benda-benda yang menyusutkan kepala...itu cara aku...lebih baik kita buat benda yang boleh mengembirakan hati kita...senyum  ^____^

:: hari ini ::

hari ini 13.11.11..why i must feel like that..why why why and why :'(    ...buat yang sekelian kali nye akau rasa malam ni btol2 membuat kan perasaan aku jadi sayu, sedih , hiba...tapi kenapa..kenapa..kenapa...aku tak suka perasaan mcm ni jadi kat aku...aku rasa diri aku mcm bodoh...arghhhhhhhhhhh...kenapa aku menangis lagi...lagi aku tahan air mata..lagi laju dia keluar...kenapa dengan aku ni.. :'(

Thursday 3 November 2011

:: saya sayang kamu ::

mungkin pasangan kamu tak sempurna..
tapi kalau kamu dapat rasa keikhlasan hati dia..
itu lebih baik dan..
ikhlas itu tidak boleh dilihat..
tapi boleh dirasa dengan hati..


Wednesday 2 November 2011

:: kehidupan ::

adat dalam kehidupan manusia ada susah ada senang..bak kata orang hidup nie umpama roda..kadangkala kita di atas..kadangkala kita di bawah..semua tu mengajar kita dan mematangkan kita..jika tak ada dulu..tak ada la sekarangkan..huhuhuhu..dalam hidop ni kan kita x yah la suka nak beza2 kan darjat ke apa ke..contohnye dalam berkawan la paling senang..aku heran la..pesal la manusia ni suke pilih2 kawan kan..aishhhhhh..lantakan je la ehhh orang macam tu kan..janji tak kacau kita sudaa la..lagi satu realiti yang aku alami la kan..orang atas tak respect orang bawahan..perghhhhh..aku cukup tak suka kalau orang atasan suka buat orang bawahan dia ni sesuka ati diorang je..kalau macam tu macam mana la kan orang bawahan nak respect orang atasan..ermmmmm..tu la realiti kehidupan kan..macam2 perangai manusia..kita memang payah nak puaskan hati orang lain..lebih baik kita puaskan hati kita sudaaaaaaa..adiosssss.... ^__^

:: puisi sepi ::

Tuesday 1 November 2011

:: rahsia ::

rahsia..rahsia..rahsia..
banyak benda yang di rasakan rahsia..yang masih di rahsia..kerana di katakan rahsia..sampai bila rahsia akan tetap menjadi rahsia..perlu ke menjadi perahsia..kadang-kadang rahsia menyakitkan jiwa..hati meronta ingin meluahkan segalanya..kerana janji rahsia tetap menjadi rahsia..bagaimana kalau rahsia yang kita rahsiakan itu dianggap dosa????..dah tentu kita berdosa bukan..kadang kala di sebabkan rahsia manusia jadi penipu..manusia bertelagah..manusia makan hati..manusia sakit hati..kadang-kadang aku jadi sakit hati kalau terlalu berahsia dan menjadi perahsia..terpulanglah pada masing-masing untuk mentafsirkan rahsia itu sebagai apa..