Blogger Templates

Saturday 14 January 2012

:: sayang ::

sayang...
sejak hati ini kau buka...
hati ini mula berkata dan berbicara...
yang kau adalah sang cinta hatiku...
ku coretkan kata ini untuk kau tahu...
betapa ikhlasnya hatiku hanya untukmu...
kau umpama bulan dan bintang menerangi malam sepiku...
kau jua pelangi yg menceriakan hari-hariku...
kau jua yang mewujudkan bahagia dalam hidupku...
ku cuba mengenali dan memahami cintamu terhadapku...
keikhlasan hati, kejujuran hati menjadi asas dalam hatimu...
segala kekurangan tetap ku terima...tidak sesekali aku ingin mempertikaikannya...
kelebihan yang kau ada ku terima dengan seikhlas hati...
ku bukan ingin di puja...
cukuplah cuma kau menghargai keikhlasan hatiku ini...
kau telah memberikan ku kekuatan rasa cinta yang baru...
kekuatan yang ku rasa dari hati kecil ku ini...
kau mewujudkan rasa istimewa dihatiku...
sungguh ku tak pernah jumpa insan sepertimu...
kau sentiasa menjaga hati dan perasaanku...
kau sentiasa bersabar dan melayani kerenahku...
terima kasih sayang kerana menyayangi diriku...
engkaulah "cinta hatiku"...
terima kasih YA TUHAN kerana kau menghadiahkan dia untukku...