Blogger Templates

Sunday, 29 July 2012

:: akhirnya ::

sekian lama x mencoret..rasa rindu menyerpa pada ruangan blog nie..ermmmm..dulu punya la excited nk menulis blog tapi sekarang hanya masa dan rasa cuma yang dapat mengajak hati mencoret sesuatu di laman blog -mata hati-


tiada apa yg menerujakan aku saat ini..semuanya kembali seperti asalnya..makin lama aku makin belajar mengenal manusia di sekeliling aku..pelbagai watak dan perwatakan yg dapat aku lihat kini dari diri mereka-mereka semua..ada yg still cuba menyembunyikan sifat mereka dan ada juga menunjukkan sifat sebenar mereka..tapi itulah manusia..manusia memiliki pelbagar ragam..tapi aku bersyukur..kerana mereka-mereka semua mengajar aku erti bersabar walaupun kadangkala hati ini terhiris..disakiti..oleh mereka-mereka semua..


aku x menyalahkan mereka-mereka semua..aku sedar aku juga bukan manusia sempurna yg tidak pernah melakukan kesalahan atau pun dosa..aku memohon maaf sekiranya aku pernah menyakiti..melukai atau menghiris rasa kamu semua..aku anggap yg berlalu biarkan ia berlalu..buat apa nak berdendam..sapa kita untuk munghukum mereka semua..kita semua dah dewasa dan boleh pikir mana yg baik mahu pun sebaliknya..


lebih baik kita mendoakan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan meraka di dunia dan akhirat..pada mereka-meraka yg pernah aku sakiti..aku memohon kemaafan andai pernah melukakan hati kamu semua..hanya ALLAH saja yg dapat membalas kebaikan kamu semua padaku..aku mendoakan kamu semua bahagia dunia dan akhirat..insyallah..

Thursday, 10 May 2012

:: mada rasa ::



Antara cinta yang telah berlalu dengan cinta yang sedang menanti kita sentiasa cenderung untuk mengabaikan cinta yang berada jelas di mata dan sering mengharap dan menoleh kepada cinta yang telah berlalu jauh meninggalkan kita.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia baru kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri.

Bila cinta putus ditengah jalan usahlah bermuram durja menyakiti diri sendiri. Bangkitlah dan mulakan cinta baru. Kerana setiap cinta yang hilang pasti akan ada pengganti. Usah mengharap pada yang tak pasti, usah merayu pada yang tak sudi. 

Cinta pertama tidak semestinya yang terbaik. Setiap cinta mempunyai keunikan dan kehangatan yang tersendiri. Janganlah terus terikat kepada cinta yang sudah pergi.

Jika bercinta janganlah kita menjadi hamba cinta. Seperti mana kita tidak mahu menjadi hamba duit kita juga tidak mahu mejadi hamba kepada cinta. Kuasai cinta. Jadilah tuan kepada cinta. Jangan biarkan cinta memperkotak-katikkan hidup. Gunalah akal dan fikiran.


Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita.

Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama… tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti… Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian.
""hidup x boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri..benda utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan KENYATAAN""

Saturday, 25 February 2012

:: februari ::

yuhuuuuuu..lama rasanye x update blog ni..berabuk sudaaaa..ngeh ngeh ngeh...xde story yg best2 pon nk di kongsikan..tp just nk kongsikan la bnda yang aku buat dlm bulan febuari ni..nk tau..nk tau..nk tau..jeng jeng jeng..ini dia..tadaaaaaaaaa

ni dia novel 7 hari menyintaiku karya siti rosmizah..ni first novel aku bace untuk bulan februari ni..ok la cite ni..tp watak pempuan dia mcm over melampau cikit..mula2 jahat..pastu jd baik..biasa la akhirnye apy ending la pe lg..novel kn..hahahahahaha...


haaaaa..ni plak novel kedua aku bace bln ni..boley boley je la cte dia..hahahahaha..tp layan je..usai aku terima nikahnya karya umie nadzimah..


novel ketiga aku baca ni la..hati bila cinta karya lynn allyna..perghhh nama penulis nk market je..hahahahahaha..cte dia ok la not bad..best gak layan...hehehehehe...


ni la aktiviti yg aku buat untuk bln februari di kala kebosanan yg amat...hahahahaha...huiiiii x sabar nk beli novel terbaru keluaran kaki novel publisher...terrrrbaikkkk toqqq...tapi kan klo perasan la kan..sume nama watak dalam novel kn..x kira la pempuan or laki..sume nk market je name ehhhh...hahahahahaha..pe pon x boleyyyyy...layan kn je la..jnji boley hilangkn bosan aku..

Saturday, 14 January 2012

:: sayang ::

sayang...
sejak hati ini kau buka...
hati ini mula berkata dan berbicara...
yang kau adalah sang cinta hatiku...
ku coretkan kata ini untuk kau tahu...
betapa ikhlasnya hatiku hanya untukmu...
kau umpama bulan dan bintang menerangi malam sepiku...
kau jua pelangi yg menceriakan hari-hariku...
kau jua yang mewujudkan bahagia dalam hidupku...
ku cuba mengenali dan memahami cintamu terhadapku...
keikhlasan hati, kejujuran hati menjadi asas dalam hatimu...
segala kekurangan tetap ku terima...tidak sesekali aku ingin mempertikaikannya...
kelebihan yang kau ada ku terima dengan seikhlas hati...
ku bukan ingin di puja...
cukuplah cuma kau menghargai keikhlasan hatiku ini...
kau telah memberikan ku kekuatan rasa cinta yang baru...
kekuatan yang ku rasa dari hati kecil ku ini...
kau mewujudkan rasa istimewa dihatiku...
sungguh ku tak pernah jumpa insan sepertimu...
kau sentiasa menjaga hati dan perasaanku...
kau sentiasa bersabar dan melayani kerenahku...
terima kasih sayang kerana menyayangi diriku...
engkaulah "cinta hatiku"...
terima kasih YA TUHAN kerana kau menghadiahkan dia untukku...

Friday, 9 December 2011

:: mungkin suatu hari nanti ::

mungkin suatu hari nanti..semuanya akan akan dapat dilihat..mana yang benar mana yang salah..manusia yang jadi pelakunya..manusia juga yang menyelesaikannya.."indah dimata dekat di hati"..apa yang indah??..dan apa yang dekat dihati??..ungkapan yang sering didengar..tahukah maknanya??..atau hanya cuma mendengar saja..pelbagai makna tersurat dan tersirat yang cuba dikaji..dicari..digali..

:: percintaan ini ::

best lak lagu ni..hari hari mesti nak layan..hahaha..mcm2 hal.. ^__^

Wednesday, 7 December 2011

:: ombak rindu ::

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku